Search The Web

Monday, October 18, 2010

Di Manakah Kesilapan Kita (Part 1)

Alhamdulillah....~
Segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW, dengan berkat guru-guru serta hikmah dan karamah kedua ibu bapa, dapat aku berblog setelah sekian lama blog ni terbiar usang......

Dalam tempoh setahun lebih tak berblog ni macam macam benda dah berlaku......perot dah maken maju kehadapan.....bertunang pon dah.....tunggu nak menikah ja pertengahan tahun ni......tak kurang juga dengan aktiviti aktiviti yang aku semakin aktif selepas waktu kerja yang mana pernah aku buat suatu ketika dahulu......

Ermmm
Act baru baru ni aku ada la membaca sebuah buku yang ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi berjudul "Di Manakah Kesilapan Kita". Tertarik dengan penulisan beliau, menceritakan tentang umat Islam di zaman sekarang ni(yang mana orang slalu cakap zaman dulu laen, zaman sekarang laen).

"Zaman dah berubah"
Basically aku tak brapa gemar sangat dengan penggunaan istilah "zaman dah berubah" yang acap kali digunakan oleh lapisan masyarakat belia kita. Kalau dikaji balek ayat tu.....macam mana nak cakap haaa....kira dah jadi macam zaman pulak yang mengubah tamadun manusia......zaman pulak yang dok buat bangunan......zaman la yang dok buat pakaian.....zaman la yang dok buat macam macam aih....~ Mana dok ada zaman yang berubah.....yang dok buat rasa zaman dah berubah tu pasai kita yang buat......contoh la kan.....anak anak muda kita ni dengan cara pemakaian depa......yang rambot hitam jadi kaler laen.....yang dok pakai baju tak cukop kain.....kalau tengok harga balek, baju yang katop(tutup) badan tu lagi murah dari yang macam tak cukop kain tu......kot kalau pakai dalam rumah depan laki(suami) takpa la jugak......ni dok pi meronda(jalan jalan) sana sini kat supermarket(shopping mall) la, taman taman la, pi rumah kenduri la, mana mana saja la yang depa boleh pi......Habeh semua nak pi tunjok kat orang.....Bila orang dok ushar(tengok) depa ni pandai plak dok marah kata gatal la, mata keranjang la....Tak kurang ramai jugak ada yang seronok dan bangga bila menjadi santapan mata orang ramai sampai juling bijik mata. Bila orang tegur(untuk pakai elok elok) mula la depa akan kata balek dengan nada sinis berbaur bangga "hisss terok la u allz ni...tak ikut peredaran zaman la", "zaman dah berubah beb, kena la up to date", "eii dont be so kampong sangat la", "u ni baru keluar dari gua mana ni?sampai tak tau apa.ni la fesyen terkini kalau u nak tau". And the best part is ayat penyudah dari depa "what's your problem?!" bila dah kena ayat checkmate oleh orang yang dok tegur......kekekekeke......u guys ni memang joker la......full sense of humor.....
Apa la punya turr.....lagi berani dok kata "zaman dah berubah".....
Zaman tak pernah berubah.....yang menyebabkan perubahan tu sebenarnya adalah kita sendiri.....So kepada yang berkenaan jangan dok cakap ikot sedap mulot saja......Aku ni takdak la pandai sangat bab bab agama Islam ni tapi tetap dok mencari & dok belajar lagi selagi di izinkan olehNya untok menyampaikan dan berkongsi pengalaman untok kebaikan umat kita bersama......

Setakat ni saja la aku nak menaep pasai nak kena buat keja len plak.....tapi akan ada sambungan dari tajuk yang aku isukan kat atas tu.InsyaAllah.....
Aku akhiri penaipan aku ni dengan sebuah pantun yang dipetik dari blog saudara "ZALI PUNCAK ALAM":

Buah ini buah berangan
Masak dibungkus sapu tangan
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat kelak kampung halaman


Bersambung......~

No comments:

Post a Comment